Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Diminta Terus...

MELAKA - Umat Islam khususnya di Melaka diminta terus berdoa, membaca qunut Nazilah...

Pegawai Polis Didakwa Lakukan...

KUALA LUMPUR – Seorang ketua polis daerah di Sabah akan ditukarkan setelah dikaitkan...

Rantai Anak Setahun Hingga...

POLAND – Seorang wanita yang mengalami masalah mental, telah merantai anak perempuannya yang...

Hutang Luar Negara Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Hutang luar negara kerajaan Persekutuan setakat akhir Jun tahun ini...

37,000 Murid Nikmati Program Sarapan Pagi Bermula 20 Januari

PUTRAJAYA – Kira-kira 37,000 orang murid dari 100 buah sekolah di seluruh negara bakal menerima manfaat daripada Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama yang akan dilaksanakan bermula 20 Januari 2020.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan kos pelaksanaan fasa pertama program itu dianggarkan sebanyak RM22 juta.

Menurutnya, hampir 1,600 guru akan bertugas setiap hari dalam pelaksanaan program berkenaan dan PSP fasa pertama akan menggunakan menu makanan berkonsepkan Grab ‘n’ Go.

“Makanannya terdiri daripada menu minuman produk tenusu atau minuman berkhasiat dan makanan ringkas seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih, sandwic, buah-buahan atau telur rebus.

“Waktu pelaksanaan PSP adalah antara jam 7 hingga 8.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi dan jam 1 hingga 4 petang bagi persekolahan sesi petang mengikut ketetapan pengurusan sekolah,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pemilihan 100 buah sekolah dalam pelaksanaan fasa pertama dilaksanakan berdasarkan kepada keutamaan yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai peratus tertinggi murid dari golongan B40 di setiap negeri.

“Pemilihan turut mengambil kira semua jenis sekolah iaitu SK, SJKC, dan SJKT. Pemilihan sekolah juga adalah berkadar dengan jumlah bilangan sekolah yang melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dalam setiap negeri meliputi semua lokasi iaitu bandar, luar bandar dan pedalaman.

“Pelaksanaan ini juga turut mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang telah memperuntukkan seorang Pegawai Sains Pemakanan bagi setiap daerah untuk memberi khidmat nasihat kepada sekolah berkaitan menu PSP.


”Begitupun kebenaran daripada ibu bapa diperlukan bagi mendapatkan persetujuan dan maklumat penting kesihatan murid seperti alahan kepada makanan tertentu supaya menu alternatif dapat disediakan,” katanya.

Dalam pada itu kementerian merancang supaya program itu diperluaskan kepada semua 7,776 sekolah rendah dan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 2.7 juta murid di seluruh negara.

“Ini adalah bergantung kepada peruntukan yang diterima dan kesediaan pihak kantin dan sekolah. Pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan oleh KPM dengan kerjasama KKM.

“Ini untuk memastikan supaya makanan yang dibekalkan adalah berkualiti kepada murid-murid bagi mencapai impak yang disasarkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kajian keberkesanan program akan dilaksanakan dan akan dibentangkan untuk tujuan penambahbaikan program dari semasa ke semasa.

Kategori