Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Bakal Hab Produk...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 150 orang terdiri daripada pengasas produk kecantikan yang menghadiri...

KKM Komited Wajibkan Suntikan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berputus asa dalam usaha untuk...

Lembaga Perindustrian Nanas Tawar...

BESUT - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Wilayah Timur membuka tawaran kepada petani...

Agong Kurnia Watikah Pelantikan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

34 Individu Gagal Batal Notis Kompaun SPRM

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman 34 individu termasuk bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk membatalkan notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka berhubung dakwaan menerima wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Nordin Hassan di dalam kamarnya selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung permohonan yang difailkan 34 individu berkenaan selaku pemohon terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM dan SPRM yang merupakan responden.

Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili kesemua pemohon memberitahu pemberita bahawa mahkamah menolak permohonan tersebut tanpa perintah terhadap kos.

“Hakim berpendapat bahawa tindakan responden (SPRM) mengeluarkan notis kompaun adalah sebahagian daripada prosiding jenayah, oleh itu, ia tidak boleh disemak oleh mahkamah,” katanya.

Mohamed Shahrul Fazli berkata sebahagian daripada 34 pemohon kemungkinan akan merayu terhadap keputusan itu.

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly bertindak bagi pihak Ketua Pesuruhjaya SPRM dan SPRM.

Shahrir, Ahmad Maslan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan serta 31 individu lain memfailkan permohonan semakan kehakiman secara berasingan pada November dan Disember lepas.


Dalam permohonan itu, kesemua pemohon memohon pengisytiharan bahawa keputusan dan tindakan responden kedua (SPRM) mengkompaun mereka melalui Tawaran Untuk Mengkompaun Kesalahan bertarikh 7 Oktober 2019 sebagai ‘ultra vires’, tidak sah, batal dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Pemohon juga memohon perintah bagi membatalkan keputusan dan tindakan SPRM mengkompaun mereka selain memohon perintah untuk melarang suruhanjaya itu daripada menguatkuasakan kompaun berkenaan atau meneruskan pendakwaan terhadap mereka.

Turut dimohon, pengisytiharan bahawa kenyataan responden pertama (Ketua Pesuruhjaya SPRM) ketika sidang media berhubung keputusan mengeluarkan notis kompaun terhadap ketiga-tiga pemohon atas alasan untuk mendapatkan semula dana 1MDB yang dikatakan wang rakyat adalah pramatang, salah tanggap dan salah guna jawatan awam.

Pada 7 Oktober tahun lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, dalam sidang  media berkata SPRM telah mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti yang menerima wang berjumlah RM420 juta dipercayai daripada 1MDB.

Latheefa berkata sembilan individu dan 71 entiti, terdiri daripada 23 syarikat, 43 organisasi politik dan lima yayasan dan organisasi menerima wang melalui cek yang melibatkan akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kategori