Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LZS Agih RM509,880 Kepada...

KUALA LUMPUR - Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mengagihkan wang zakat berjumlah...

RCI Wang Kelian: Saksi...

PUTRAJAYA - Terdapat banyak saksi yang takut untuk tampil memberi kerjasama kepada polis...

PM Beri Amanat Merdeka...

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 kali ini amat istimewa dan bakal...

52 Kanak-Kanak Sertai Program...

ALOR SETAR - Seramai 52 anak yatim menyertai program berkhatan beramai-ramai anjuran Yayasan...

3,384 Kes Baharu Covid-19, 13 Kematian Hari Ini

KUALA LUMPUR – Penularan Covid-19 dalam negara merekodkan 3,384 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 254,988 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 51,783 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 15 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan dalam negara pula adalah 3,369 kes.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sebanyak 1,082 kes dengan 898 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti Johor sebanyak 777 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 435 kes.

“Sebanyak 93 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (35 kes), Kluster Tembok Taiping (24 kes), Kluster Tembok Bendera (14 kes), Tembok Bukit Besi (11 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Tembok Renggam (2 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 3,774 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 202,269 kes.


“Sehingga kini, terdapat 259 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 122 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan 13 kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 936 kes atau 0.36 peratus,” katanya.

Katanya, KKM turut mengesan 17 kluster baharu iaitu Kluster Jalan Air Hitam, Kluster Jalan Perindustrian Getah , Kluster Kampung Tanjung Selabu , Kluster Jalan Raja Muar, Kluster Jalan Gemilang Lima , Kluster Jalan Bakawali Ramun, Kluster Subang Delima, Kluster , Kluster Jalan Bukit Sentosa , Kluster Tapak Bina Lembah Subang, Kluster Jalan Berhala, Kluster Jalan Telawi, Kluster Bukit Angkasa, Kluster Perdana, Kluster Dedap. Kluster Jalan Bukit Baru, Kluster Nanga Lijan dan Kluster Tembok Bendera. – myMetro Online

Kategori