Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DAP Terus Didesak Umum...

BUTTERWORTH - Parti DAP terus dituntut untuk membuat pengumuman dengan melampirkan senarai penuh...

Terengganu Ambil Inisiatif Kutip...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu akan mengambil pendekatan lebih tegas dalam mengutip...

UNHCR Gesa Sokongan Berterusan...

DHAKA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) menggesa sokongan berterusan antarabangsa...

4 Kedai Musnah Dalam...

ARAU - Tiga buah kedai runcit dan sebuah kedai barangan elektrik musnah dalam...

3,355 Pasangan Mohon ‘Bayi Segera’

KUALA LUMPUR – Lebih 3,000 pasangan suami isteri memohon mendapatkan bayi yang diberi perlindungan oleh Yayasan OrphanCARE, sama ada diselamatkan atau ditinggalkan di pusat program Baby Hatch kendalian yayasan itu.

Ia membuktikan ramai sanggup menerima ‘bayi segera’ untuk dipelihara selepas mereka ‘dibuang’ ibu atau bapa sendiri, sekali gus memberi jaminan keselamatan serta peluang tinggi untuk si kecil menjalani hidup lebih sihat.

Pengurus Latihan dan Pentadbir Program Yayasan OrphanCARE, Syarhah Mohamed Tahir, mengakui permohonan diterima pihaknya untuk mendapatkan anak angkat sangat tinggi, namun hanya pasangan yang melepasi penilaian serta menepati kriteria ditetapkan akan disenarai pendek.

“Sehingga kini 209 bayi yang diselamatkan Yayasan OrphanCARE termasuk 53 yang ditinggalkan di Baby Hatch, sudah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing-masing. Ada lagi kira-kira 30 pasangan dalam senarai menunggu untuk mendapatkan bayi dari Baby Hatch sebagai anak angkat.

“Pasangan itu disenarai pendek selepas tapisan dibuat kepada keseluruhan 3,355 permohonan yang diterima sejak khidmat perlindungan bayi ini kami mulakan pada 2009,” katanya kepada BH.

Beliau bagaimanapun mengakui kemudahan Baby Hatch masih gagal dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengatasi kematian akibat kes buang bayi, sedangkan ia terbukti membantu mengurangkan risiko bayi maut akibat jenayah itu.

Katanya, ini terbukti apabila jumlah bayi diserahkan melalui rangkaian Baby Hatch di seluruh negara jauh lebih rendah rendah berbanding keseluruhan kes buang bayi yang direkodkan setiap tahun.


Hanya 2 bayi diserah tahun ini

Tahun ini, beliau berkata, hanya dua bayi diterima Baby Hatch, sedangkan 85 kes buang bayi direkodkan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman untuk tempoh Januari hingga Jun.

Berdasarkan rekod Yayasan OrphanCARE, seramai 36 daripada 53 bayi diterima melalui Baby Hatch di tiga lokasi, iaitu Petaling Jaya di Selangor, Johor Bahru di Johor dan Sungai Petani di Kedah, manakala 17 lagi melalui kemudahan sama di rangkaian tujuh Hospital Pakar KPJ seluruh negara.

Syarhah berkata, pihaknya berhasrat bertemu ibu atau bapa yang meninggalkan bayi mereka kerana menyedari bukan semua benar-benar berniat melakukan jenayah itu, sebaliknya mungkin kerana terdesak, panik, malu, miskin atau akibat dirogol. – BH Online

Kategori