Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Saksi Nahas Empat Maut...

GERIK - Polis meminta saksi kemalangan maut melibatkan sebuah treler dan sebuah kereta...

Pemuda UMNO Latih Pemimpin...

Para pemuda yang ingin mengasah dan mencorakkan ciri kepimpinan dalam diri mereka, bolehlah...

Agong Solat Jumaat Di...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Henti Tular Upacara ‘Raja...

ALOR GAJAH - Orang ramai diingatkan tidak menularkan upacara perbomohan Ibrahim Mat Zin...

31 Menteri Kabinet Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Agong

PUTRAJAYA – Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini, hari ini.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis pada pukul 3.00 petang itu dimulai dengan irama lagu kebangsaan ’Negaraku’ dimainkan di Balairung Seri, di istana berkenaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir menyaksikan majlis itu di samping Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang.

Kesemua mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan hari ini susulan pengumuman pembentukan kabinet baharu semalam.

Menteri-menteri itu dibahagikan kepada lima kumpulan dengan kumpulan pertama seramai tujuh orang terdiri daripada empat Menteri Kanan – Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri); Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri (Menteri Pertahanan); Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya) dan Menteri Pendidikan, Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin.

Tiga lagi dalam kumpulan itu ialah Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (Menteri Pengangkutan) dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Kumpulan kedua pula terdiri daripada tujuh orang iaitu; Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan (Menteri Sumber Manusia); Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd Harun (Menteri Wanita dan Keluarga) dan Ketua Pergerakan Wanita, UMNO Datuk Dr. Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi).

Yang lain ialah Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Tugas-tugas Khas); Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Ekonomi).


Kumpulan ketiga pula terdiri daripada Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Menteri Dalam Negeri); Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah (Menteri Komunikasi dan Multimedia); Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (Menteri Pembangunan Luar Bandar).

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan); Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan) dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) juga dalam kumpulan itu.

Kumpulan keempat pula meliputi Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Luar; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi); Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara).

Turut di dalam kumpulan itu ialah Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr. Adham Baba (Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).

Kumpulan terakhir, kumpulan 5, terdiri daripada Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Parlimen dan Undang-undang); Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan terakhir Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Agama) pun berada dalam kumpulan itu.

 Selepas menteri-menteri itu, giliran 37 timbalan menteri pula mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.  

Kategori