3,085 Sembuh, 11 Kematian, 2,253 Kes Baharu COVID-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,253 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini 295,951 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. 

Katanya, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 27,994. 

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari ini, iaitu sebanyak 653 kes, diikuti Perak dengan 545 kes dan Johor 276 kes,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hari ini terdapat 11 kes kematian yang dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini sebanyak 1,111 kes atau 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan. 

Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, sebanyak 3,085 kes sembuh dilaporkan.

Katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah sebanyak 266,846 pesakit atau 90.16 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – BH Online

Berita lanjut menyusul