Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Boleh Kongsi Maklum Balas...

KUALA LUMPUR - Orang ramai kini boleh berkongsi pandangan dan maklum balas mengenai Proklamasi Darurat...

Mayat 4 Mangsa Tanah...

GEORGE TOWN - Operasi pencarian 4 mangsa warga Myanmar yang tertimbus dalam kejadian...

Cawangan Starbucks Di Bangsar...

BAGI memberi peluang golongan buta dan pekak mempamerkan kebolehan kerja seperti orang normal,...

‘Jiwa Kacau’ Di Media...

KUALA LUMPUR - Jika diamati komen warganet berhubung tulisan atau gambar yang dipaparkan...

300 Tan Minyak Tumpah Akibat Dua Kapal Berlanggar

JOHOR BAHRU – Hampir 300 tan minyak tumpah ke dalam perairan Malaysia dan Singapura selepas dua kapal kontena berlanggar di pelabuhan Malaysia, kata pihak berkuasa hari ini.

“Tumpahan minyak setakat ini adalah terkawal,” kata seorang pegawai maritim tempatan kepada AFP selepas kemalangan semalam di pelabuhan yang sibuk di Pasir Gudang di negeri Johor yang bersempadan dengan Singapura.

MT Wan Hai 301 yang berdaftar di Singapura telah bertembung dengan kapal MT APL Denver yang berbendera Gibralta.

Siasatan awal mendedahkan APL Denver sedang berlabuh apabila kapal itu telah dilanggar pada bahagian sisi kanan oleh Wan Hai 301, kata pegawai itu.

Lembaga Marin dan Pelabuhan Singapura berkata 12 kapal anti-pencemaran, termasuk empat dari Malaysia, telah dikerahkan untuk membersihkan minyak.


Menurut mereka lagi, pertumpahan 300 tan minyak itu disebabkan oleh kerosakan kepada tangki minyak daripada APL Denver. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori