Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Awas Sindiket Penipuan Menyamar...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air meminta orang ramai berhati-hati terhadap...

I-Guru Pertimbang Rayuan Keputusan...

KUALA LUMPUR : Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai...

KDN Terima 8,418 Permohonan...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri menerima 8,418 permohonan Program Penggajian dan Penempatan Semula...

Penyeluk Saku Dapat Lebih...

SEORANG penyeluk saku yang mengaku dia memperolehi keseluruhan pendapatan £2 juta hasil mencuri...

300 Peserta Diberi Kesedaran Rasuah Oleh Bekas Majistret

KUANTAN – Seramai 300 peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa dan warga pendidik dari sekitar Lipis menghadiri ‘Forum Peranan Golongan Pendidik Dalam Memartabatkan Malaysia Tanpa Rasuah’ yang diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), Lipis hari ini.

Forum yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang dan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (Amar) itu antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta termasuk mahasiswa tentang kesan jenayah rasuah dan salah guna kuasa kepada masyarakat dan negara.

Menurut satu kenyataan yang kepada media, menerusi forum itu peserta turut berpeluang mendengar sendiri pengalaman daripada salah seorang ahli panel iaitu seorang pesalah rasuah yang juga merupakan bekas majistret.

“Selain memberi pencerahan tentang peranan individu sebagai medium dalam membanteras gejala rasuah, peserta forum didedahkan sendiri tentang kesan kegiatan rasuah ini oleh ‘watak hidup’ dan akibat yang terpaksa ditanggung olehnya akbat perbuatan itu,” menurut kenyataan itu. Selain forum, turut diadakan pelancaran Amar IPGKTAA, Lipis yang menggantikan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) yang dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Pahang Jamaludin Puteh. – BERNAMA

Kategori