Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Lemah Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada...

Kewangan Negara Teruk, Punca...

KUANTAN - Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah mengakui ada beberapa...

Kerajaan Tumpu Lokaliti, Kluster...

PUTRAJAYA - Pendekatan kerajaan bagi menangani penularan koronavirus (Covid-19) menerusi Perintah Kawalan Pergerakan...

Covid-19: 1,817 Kes Baru,...

Sebanyak 1,817 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, dengan jumlah terkumpul...

30 Tahun Menderita Akhirnya Tumor Berjaya Dibuang

SELEPAS 30 tahun menderita akibat ketumbuhan besar di kepala, akhirnya seorang wanita, Zhuang, berupaya menarik nafas lega apabila ketumbuhan itu berjaya dibuang dalam satu pembedahan yang memakan masa selama lima jam di Guangzhou, China.

Zhuang, 34, kini sedang menjalani proses penyembuhan.

Dia mengalami penyakit berkenaan sejak kecil dan hanya mendapatkan rawatan doktor apabila bahagian kiri ketumbuhan itu mulai sakit.

Sebelum pembedahan, tumor yang berukuran 89 cm itu telah menjadikan kepala Zhuang membesar sebanyak 1.6 kali berbanding saiz kepala wanita dewasa di China.

“Pada mulanya ia hanya sebesar kacang tetapi ia semakin membesar mengikut usia saya,’’ kata Zhuang.


Doktor di Guangzhou Medical University percaya Zhuang menghidap angiomyolipomas di mana ketumbuhan itu mengandungi elemen otot dan lemak. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori