3 Tips Penting Sebelum Balik Kampung Raya Ini

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, semua orang pasti tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman berhari raya bersama keluarga tercinta.

Perayaan yang disambut setahun sekali ini pasti buat anda semua teruja untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bergembira bersama sanak saudara.

Tidak kurang juga ada yang mahu mengambil peluang cuti raya Aidilfitri ini untuk berehat menenangkan fikiran setelah penat bekerja.

Justeru, sebelum pulang beraya, di sini ada beberapa tips daripada kami supaya anda dapat pulang menikmati hari lebaran dengan hati yang tenang dan gembira.

Tips 1: Lakukan Pemeriksaan Rumah

Ketika pulang berhari raya, anda pasti akan meninggalkan rumah kediaman untuk sementara waktu. Bagi memastikan keselamatannya, pastikan segala suis yang digunakan telah ditutup dan cabutkan plug dari sumber elektrik.

Anda juga boleh minta bantuan jiran yang tidak pulang ke kampung halaman untuk perhati dan mengawasi keselamatan rumah anda. Tinggalkan juga nombor telefon kepada mereka supaya lebih mudah untuk jiran menghubungi anda.

Tips 2: Rancang Perjalanan Anda

Tiba muzim perayaan, orang ramai pasti mempunyai pemikiran yang sama dengan anda ingin berpusu-pusu pulang ke kampung halaman dan kesesakan jalan raya pastinya akan berlaku.

Dengan merancang perjalanan, ianya sedikit sebanyak membantu perjalanan menjadi lebih lancar dan tenang.

Selain itu pastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Tambah-tambah lagi, sejak tahun lalu, kaunter tambah nilai tidak lagi dibuka sepanjang musim perayaan bagi memastikan kelancaran lebuh raya.

Rehat atau tangguhkan perjalanan di mana-mana Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sekiranya pemandu berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram. Lebih baik tiba lewat ke destinasi daripada tidak tiba langsung.

Lengkapkan kenderaan dengan senarai bantuan kecemasan yang meliputi tayar ganti, jack kereta, peralatan menukar tayar, kabel jumper, alat bantuan kecemasan dan lain-lain.

Tips 3: Lakukan Pemeriksaan Kenderaan

Tidak kiralah anda gunakan kereta jenis apa pun, pemeriksaan kenderaan adalah mustahak untuk memastikan perjalanan selamat.

Periksa dahulu keadaan minyak hitam kenderaan anda sama ada ianya perlu ditukar atau tidak. Untuk lebih selamat dan memuaskan, servis sahaja kenderaan di Bengkel-bengkel Shell Helix yang berdekatan.

Pastikan anda menggunakan Shell Helix untuk menyaksikan prestasi mengagumkan dari enjin kenderaan anda terutama sekali bagi perjalanan jauh yang memerlukan kereta berfungsi dengan baik.

Kepelbagaian minyak pelincir enjin Shell Helix juga membolehkan anda memilih minyak paling sesuai untuk jenis kereta yang digunakan dengan harga yang berpatutan.

Untuk pengetahuan, Shell Helix diperbuat daripada gas asli yang memberikan prestasi enjin mengagumkan kepada kenderaaan yang membolehkan anda memandu dengan selesa.

Lebih menarik, Shell turut mengadakan peraduan di mana pembeli produk Shell Helix berpeluang untuk memenangi pakej istimewa Ferrari ke Abu Dhabi.

Ferrari World, Abu Dhabi.
Litar Yas Marina, Abu Dhabi.

Percutian itu akan menyaksikan pemenang dibawa melawat ke Ferrari World dan diberi peluang memandu kereta Ferrari di Litar Yas Marina, Abu Dhabi.

Anda hanya perlu dapatkan produk Shell Helix di bengkel-bengkel Shell berdekatan sekaligus berpeluang mendapat diskaun sewaktu menjalankan servis di sana. Malah, pembeli juga berpeluang mendapatkan e-baucar pembelian Shopee sebanyak RM10.

Sekiranya anda membeli Shell Helix Ultra (4L) anda akan mendapat diskaun RM30 ketika anda servis kenderaan di bengkel-bengkel Shell. Manakala diskaun RM 20 untuk Shell Helix HX7 & HM (6L&4L) dan diskaun RM10 untuk Shell Helix HX5 (4L&3L).

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi melayakkan diri anda menyertai peraduan Shell Helix ini:

i) Lawati bengkel kereta dan cuba ‘spot’ poster Shell.
ii) Selepas nampak poster tu, hantar SMS ke 67999 menggunakan format SH nomborkereta nama (contoh: SH WUW1234 Ali) untuk mendapatkan kod unik promosi.
iii) Tunjukkan kod tersebut untuk penukaran minyak enjin.

Haa, mudah kan? Apa lagi, ‘rebut’ peluang ini cepat kerana mungkin anda bakal terbang ke Abu Dhabi dan memandu kereta Ferrari di sana! Untuk mengetahui lebih banyak maklumat lanjut mengenai Promosi Shell Helix Raya, sila layari www.shell.com.my/helixraya. – MYNEWSHUB.CC



Loading...