Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Penipuan Besar Dalam Pemilihan?...

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR kini berada di persimpangan dilema menjelang kongres kebangsaan...

Pemandu Maut, Lebih Tiga...

KUANTAN - Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan berat dipandunya itu terbabas dan...

Dua Ditahan Susulan Kes...

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki susulan pembunuhan seorang lelaki di sebuah...

Pegusaha PKS Digalak Guna...

KOTA BAHARU - Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digalakkan menggunakan aplikasi e-dagang...

3 Sekeluarga Ditahan Bantu Siasatan Kes Dera

SERDANG – Sepasang suami isteri berserta seorang anak perempuan mereka ditahan bagi membantu siasatan kes penderaan melibatkan dua kanak-kanak di rumah mereka di Pusat Bandar Puchong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian kira-kira pukul 12.48 tengahari dan tindakan pantas pihak polis kemudiannya berjaya menahan ketiga-tiga suspek serta menyelamatkan mangsa yang masing-masing merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dan perempuan berusia tujuh tahun.

“Suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki berusia 33 tahun dan bekerja sebagai penghantar gas, isterinya berusia 30 tahun dan anak perempuan pasangan tersebut yang berusia 13 tahun.

“Kedua-dua mangsa yang berjaya diselamatkan mengalami kesan dera hampir di seluruh badan selain dipercayai mengalami kekurangan zat di dalam badan. Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Serdang bagi pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismadi, siasatan awal yang dilakukan mendapati kedua-dua mangsa tinggal bersama keluarga suspek yang juga merupakan saudara mereka sejak tujuh tahun yang lalu selepas ibu bapa mereka bercerai.


“Hasil pemeriksaan lanjut di rumah suspek berjaya menemukan sebatang kayu cota, satu garpu perak dan paip getah keras yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

“Perintah reman ke atas kesemua suspek akan dipohon di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Petaling Jaya esok dan siasatan lanjut sedang diteruskan,” tegas beliau. – K! ONLINE

Kategori