3 Rentung Dalam Nahas 3 Kenderaan

TRIANG – Pemandu dan dua penumpang sebuah kereta maut selepas terbabit kemalangan dengan dua buah lori di pekan Mengkuang di sini hari ini.

Semua mangsa ditemui rentung selepas tersepit dalam kenderaan yang terbakar kira-kira jam 6 pagi itu.

Bagaimanapun, difahamkan identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti setakat ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang bersama sebuah jentera ke lokasi.

Menurutnya, bomba bertindak memadamkan kebakaran kereta menggunakan semburan buih sebelum mengeluarkan mangsa yang tersepit.