Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nilai Murni Yang Kita...

MUNGKIN ramai yang menganggap golongan mat motor atau mat rempit adalah golongan yang...

Ronaldo Pemain Terbaik Kali...

CRISTIANO Ronaldo mengakhiri kempen 2019 dengan memenangi kategori pemain lelaki terbaik pada Anugerah...

Banjir Di Sarawak Pulih,...

KUCHING - Banjir yang melanda beberapa tempat di Bahagian Kuching dan Serian sejak...

4 Lelaki Didakwa Serang...

JOHOR BAHRU - Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas...

3 Rakyat Malaysia Pembawa Obor Larian Olimpik 2018

SAMSUNG Malaysia Electronics memilih tiga rakyat Malaysia sebagai pembawa obor dalam Larian Obor Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, yang bermula 9 Februari di Incheon, Korea Selatan.

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Yoonsoo Kim berkata Jin Lim, Jenn Chia dan Josephine Yap akan memberi contoh positif kepada rakyat Malaysia untuk berusaha mencapai impian mereka, biar apa pun rintangan yang terpaksa dihadapi, sejajar dengan tema acara itu, ‘Do What You Can’t (Capai Apa yang Mustahil Bagi Anda).

“Samsung Malaysia membantu menyebarkan semangat Olimpik melampaui arena sukan untuk memberi ilham kepada setiap orang. Tujuan kami mencalonkan Jin, Jenn dan Josephine adalah untuk menggalakkan semua orang supaya mengambil bahagian secara aktif dan menikmati keseronokan, bukan sahaja daripada Sukan Olimpik, tetapi juga daripada perkara yang paling kita gemari dalam hidup ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai rakan penyampai acara Larian Obor Olimpik PyeongChang 2018, Samsung memilih ketiga-tiga rakyat Malaysia itu bagi merealisasikan impian mereka dalam landskap hiburan Malaysia.

Sementara itu, Jin, seorang personaliti Youtube, menyatakan kebanggaannya kerana terpilih menjadi sebahagian daripada acara bersejarah tersebut.

“Saya tidak pernah langsung bermimpi akan menjadi sebahagian daripada acara hebat itu. Sungguh mengagumkan apabila melihat peranan penting Samsung dalam Sukan Olimpik dan saya amat berterima kasih kepada Samsung kerana memberi peluang istimewa ini kepada saya,” kata Jin, yang juga dikenali sebagai Jinnyboy dalam kalangan peminatnya di negara ini.

Sementara itu, penyanyi, pencipta lagu dan hos Jenn Chia, yang lebih popular dengan panggilan @soimjenn, pula berkata peluang itu adalah antara cita-citanya yang menjadi kenyataan.

“Saya memang peminat tegar Sukan Olimpik, terutama acara dan persembahan yang diadakan sebelum dan selepas perasmiannya. Peluang menjadi sebahagian daripadanya adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak akan saya lupakan,” katanya.


Seorang lagi personaliti YouTube, Josephine Yap, yang lebih dikenali sebagai @jyjosephine, juga bersyukur dengan peluang seumur hidup yang diterimanya itu dan berkata penglibatannya bersama Samsung dalam Larian Obor Sukan Olimpik PyeongChang 2018 memberi semangat kepadanya untuk mencapai impian lebih besar dalam hidupnya.

“Saya anggap ini sebagai suatu perangsang untuk melangkah keluar lebih jauh daripada zon selesa saya dan menetapkan sasaran lebih besar. Seperti kebanyakan orang lain, saya juga gagal dalam banyak perkara, tetapi tidak pernah berputus asa.

“Pada saya, ‘Do What You Can’t’ bererti terus mencuba walaupun terdapat halangan. Banyak perkara yang kita rasa kita tidak dapat lakukan, tapi saya lebih suka mencuba daripada menyesal pada kemudian hari,” kata Josephine.

Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik ke-23 dijangka merupakan Sukan Olimpik Musim Sejuk terbesar dalam sejarah kerana ia akan melibatkan kira-kira 3,000 atlet dari seluruh dunia bagi merebut lebih 100 pingat emas. – BERNAMA

Kategori