3 Rakyat Malaysia Kemalangan Di India

KUALA LUMPUR – Tiga rakyat Malaysia terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Karachi, India Khamis lalu.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan seorang daripada mangsa dilaporkan cedera parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Srinagar manakala dua yang lain cedera ringan.

“Kementerian melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang memantau rapi keadaan mangsa dari semasa ke semasa dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,” katanya.