Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Donald Trump Dipermainkan Di...

Calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menjadi bahan jenaka apabila ada pengguna...

Nabila Razali, Aedy Ashraf...

PANAS! Dunia hiburan kini hangat dengan tersebarnya satu foto mesra antara penyanyi cantik,...

Mesej Kaitkan TMJ Disiasat...

KOTA TINGGI – Mesej palsu mendakwa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

2 Penunggang, Seorang Pembonceng...

SHAH ALAM - Dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal maut dalam satu kemalangan...

3 Projek PPR Sedang Dibangunkan Di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 25 Sept (Bernama) — Sebanyak tiga Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedang dibangunkan di Negeri Sembilan bagi memberi kemudahan kepada masyarakat membeli rumah kos rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Teo Kok Seong berkata projek itu melibatkan tiga daerah iaitu Seremban, Rembau dan Port Dickson.

“Sebanyak 100 unit di PPR Rembau (Seremban), 452 unit PPR Chembong (Rembau) dan 100 unit PPR Tanah Merah (Daerah Port Dickson).

“Ketiga-tiga projek ini adalah berkonsepkan sewa beli khusus untuk golongan B40 dengan harga setiap unit rumah RM35,000,” katanya ketika menjawab soalan Chew Seh Yong (DAP-Lobak) pada mesyuarat kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ke-14, di sini hari ini.

Chew bertanyakan mengenai rancangan kerajaan negeri dalam menyediakan perumahan kos rendah dan mampu milik kepada generasi muda atau golongan miskin di negeri itu dan bila skim sewa beli akan dilaksanakan.

–LAGI


DEWAN-NEGERI SEMBILAN (PERUMAHAN) 2 (AKHIR) SEREMBAN

Sementara itu, Teo berkata kerajaan negeri juga sudah mengenal pasti 11 tapak tanah yang bersesuaian untuk dibangunkan perumahan PPR atau mampu milik dan akan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan bagi penelitian lanjut.

“Sekiranya dipertimbangkan dan diluluskan, projek-projek tersebut adalah berkonsepkan sewa beli,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk L. Manickam (BN-Jeram Padang), Teo berkata 100 unit PPR Tanah Merah itu diberikan keutamaan kepada golongan B40 dalam kalangan pekerja ladang atau bekas pekerja ladang yang masih tinggal di situ. – BERNAMA

Kategori