Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mara Perlis Anjur Program...

KANGAR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) Perlis akan menganjurkan program jualan makanan dan...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

Pergi Sekolah Bukan Belajar,...

Seorang guru dikatakan terkejut apabila menerima mesej di aplikasi bual Facebook bertanyakan perkara...

Finas Bakal Dianggotai Tokoh...

KUALA LUMPUR - Lembaga pengarah baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan...

3 Pengarah Syarikat Ditahan, Peroleh Kontrak Lebih RM90 Juta

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pengarah sebuah syarikat kerana disyaki terlibat rasuah berkaitan satu kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan bernilai lebih RM90 juta pada 2019.

Menurut sumber SPRM, kesemua suspek berusia 31 hingga 48 tahun tersebut ditahan petang semalam di Ibu Pejabat SPRM.  

“SPRM juga telah mengenal pasti pegawai agensi yang terlibat dan dijangka membuat beberapa tangkapan melibatkan individu yang bersekongkol dengan ketiga-tiga pengarah syarikat ini,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber itu, siasatan mendapati syarikat tersebut telah mengemukakan dokumen dan maklumat palsu untuk menyertai tender sebelum ditawarkan kontrak.

Syarikat juga dipercayai tidak mempunyai kelayakan serta gagal melepasi penilaian teknikal dan kewangan.

“Bagaimanapun, disebabkan bayaran suapan rasuah kepada ‘orang dalam’ maka semua syarat asas diketepikan bagi membolehkan kontrak tersebut diberikan kepada syarikat terbabit.


“Siasatan dibuat menurut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” menurut sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan. 

Beliau berkata SPRM akan memohon perintah reman terhadap kesemua suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori