Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tangkapan Insiden Kuil Kini...

SHAH ALAM - Polis menahan tiga lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan...

Kami Tak Tahu Lokasi...

WASHINGTON - Menteri Luar Adel al-Jubeir berkata, kerajaan Arab Saudi tidak mengetahui lokasi...

Piawaian Keselamatan Wajib Ditepati,...

KUALA LUMPUR - "Walaupun dipercayai wujudnya unsur khianat, namun piawaian keselamatan wajib ditepati,"...

Beli Alat Uji Hamil,...

ALAHAI, kesian pelakon jelita Emma Maembong. Dek mahu membantu kakaknya membeli alat penguji...

3 Pemimpin PN Perak Menghadap Sultan Nazrin

IPOH – Tiga pemimpin utama Perikatan Nasional Perak hari ini menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di sini, bagi menyembah maklum mengenai situasi politik terkini di negeri berkenaan.

Mereka yang mula tiba di istana berkenaan kira-kira 2.30 petang tadi ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Ini kali kedua ketiga-tiga pemimpin berkenaan menghadap Sultan Nazrin selepas yang pertama pada Selasa setelah Perikatan Nasional Perak sepakat untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Pada Selasa, Sultan Nazrin memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.

Sehari sebelum itu, Ahmad Faizal  mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu mendapat sokongan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada keseluruhan 59 ADUN bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

Pada 5 petang ini, tujuh bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, dijangka menghadap Sultan Nazrin.

Kategori