Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Petua Poligami Zul...

KOTA BHARU - Setiap pasangan yang berumah tangga sudah semestinya mengimpikan kebahagiaan dan...

PAN Perak Mangsa Fitnah...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) Perak mendakwa parti itu menjadi mangsa...

RTC Kelantan Lubuk Rezeki...

KOTA BHARU - Sambutan menggalakkan daripada rakyat Kelantan menjadikan Pusat Transformasi Luar Bandar...

Yana Batalkan Hasrat Tukar...

Media Sosial medium paling trending untuk berdakwah. Paling tidak untuk rakan-rakan mak nyah...

3 Pembantu Rumah Nekad Lari, Dakwa Dipukul Majikan

KAJANG – Tiga pembantu rumah warga Indonesia bertindak nekad melarikan diri dari rumah majikan mereka selepas mendakwa dicederakan serta tidak dibayar gaji oleh sepasang suami isteri bergelar Tan Sri dan Puan Sri di sebuah banglo di Country Heights di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kesemua mangsa berusia di antara 25 hingga 41 tahun dan masing-masing telah bekerja selama tujuh tahun, empat tahun dan enam bulan di banglo tersebut.

“Ketiga-tiga wanita itu mendakwa telah dilayan dengan kasar malah pernah dipukul dengan cara ditampar serta ditumbuk selain gaji mereka tidak dibayar selama bekerja di situ.

“Menurut mangsa, mereka juga tidak dibenarkan pulang ke Indonesia selain pasport peribadi mereka disimpan oleh majikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Dzaffir, ketiga-tiga wanita tersebut kemudiannya bertindak nekad melarikan diri dengan memanjat pagar kediaman tempat mereka bekerja sebelum dibantu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Lelaki tersebut kemudiannya membawa ketiga-tiga wanita berkenaan ke Kedutaan Indonesia pada 22 Mac lalu bagi mendapatkan bantuan sebelum pihak kedutaan membuat satu laporan di Balai Polis Tun H. S. Lee.

“Susulan itu, pihak polis telah melakukan pemeriksaan di banglo berkenaan dan merampas dua pasport serta i-kad pekerja asing milik mangsa yang beradadalam milikan setiausaha suspek,” ujar beliau.


Tambah Ahmad Dzaffir, ketiga-tiga mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan selepas memperolehi Perintah Perlindungan Sementara (IPO) daripada Majistret Kajang.

“Kesemua mangsa juga telah dihantar ke Klinik Kesihatan Kajang untuk pemeriksaan kesihatan namun hasil pemeriksaan pegawai perubatan tidak menemui sebarang kesan kecederaan fizikal, mental atau seksual.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” tegas beliau. – K! ONLINE

Kategori