Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kembara Mahkota Johor 2016...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan majlis...

Pesawat Bawa 133 Penumpang...

BEIJING: Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang membawa seramai...

Rekabentuk Jam Tangan Pintar...

Nampaknya pada tahun ini bukan sahaja 'perang' arena telefon pintar, kini jam tangan...

Malaysia Minta Vietnam Ekstradisi...

SOCHI (Rusia) - Vietnam sedia menimbang permohonan kerajaan untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi...

3 Maut Kereta Bertembung Bas Ekspres Di Rompin

KUANTAN, 26 Dis (Bernama) — Tiga beranak maut termasuk seorang kanak-kanak apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata kejadian pada 11.50 malam itu menyebabkan dua daripada mangsa iaitu Rosli Mat Daud, 38, dan ibunya Rakiah Mat, 64, maut di tempat kejadian.

Cucu Rakiah, Aidil Ashraff Rizuan, lima tahun, disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Rompin.

Azli menambah kemalangan juga menyebabkan bapa kepada Aidil Ashraff, Rizuan Mat Daud, 34, yang memandu kereta Proton Saga cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

“Semua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Johor Bharu apabila kereta dinaiki mereka memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bas ekspres yang membawa 49 penumpang ke Kuantan.

“Pemandu bas tidak dapat mengelak disebabkan jarak mereka yang agak dekat. Kemalangan menyebabkan kereta mangsa akhirnya terbabas dan masuk ke dalam parit di kiri jalan,” katanya kepada pemberita menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.


Azli berkata pemandu dan semua penumpang bas bagaimanapun tidak cedera.

Beliau berkata Rakiah dan Rosli berasal dari Kampung Chica Lundang, Kota Bharu, Kelantan manakala Rizuan menetap di Kampung Melayu Pandan di Johor Bahru.

Jenazah semua mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori