3 Letupan Di Arab Saudi, 1 Di Luar Masjid Nabawi

RIYADH – Satu letupan dilaporkan berlaku di luar perkarangan Masjid Nabawi di Madinah pada Isnin (waktu tempatan), dipercayai angkara pengebom berani mati, lapor media tempatan negara itu.

Saluran Al-Arabiya juga memaparkan beberapa imej yang menunjukkan kebakaran di kawasan tempat letak keretaberhampiran dengan tempat letupan.

3 Letupan Di Arab Saudi, 1 Di Luar Masjid Nabawi

Terdapat tiga serangan bom berlaku di Arab Saudi dalam masa 24 jam menurut Saudi Press Agency.

Sebelum ini, dua pengebom bunuh diri telah meletupkan diri mereka di sebuah masjid yang terletak di Qatif, kawasan persisiran pantai yang dikuasai pengikut Syiah.

Satu lagi kejadian letupan bunuh diri dilaporkan turut berlaku berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah. Dalam kejadian tersebut, dua anggota keselamatan dilaporkan cedera.

Setakat ini, jumlah kematian masih belum dapat dipastikan. – MYNEWSHUB.CC

3 Letupan Di Arab Saudi, 1 Di Luar Masjid Nabawi

3 Letupan Di Arab Saudi, 1 Di Luar Masjid Nabawi

Loading...