Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPT Jamin Tiada Isu...

BANGI - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan tiada pelajar daripada enam kategori...

Aon Hewitt Senarai Eco...

KUALA LUMPUR - Agensi berkaitan sumber manusia, Aon Hewitt menyenaraikan sebanyak 10 syarikat...

Dakwaan Nelayan Filipina Dikasari...

KUALA LUMPUR - Siasatan awal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendapati dakwaan sekumpulan...

Harga Minyak Masak Botol...

PETALING JAYA - Satu mekanisme bagi menentukan harga minyak masak botol bersubsidi akan...

3 Kluster Baharu Covid-19 Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR – Hanya tiga kluster baharu Covid-19 dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, di Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama dikenal pasti ialah Kluster Balakong Jaya Dua dilaporkan di Hulu Langat dan Kuala Selangor, Selangor.

Beliau berkata, kluster itu dikesan melalui saringan bersasar terhadap pekerja gudang pasar raya di kawasan Perindustrian Balakong dengan 37 kes dikesan positif.

“Kluster kedua dikenal pasti ialah Kluster Jalan Indah Gemilang Satu di Johor Bahru, Johor, hasil saringan bersasar pekerja kilang di Taman Perindustrian Gemilang membabitkan 78 kes dikesan positif dalam kluster ini.

“Kluster ketiga dikenal pasti ialah Kluster Teknologi Bukit Minyak yang dilaporkan di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Barat Daya, Pulau Pinang, hasil saringan bersasar terhadap pekerja sebuah kilang di Taman Perindustrian Bukit Minyak dengan 98 kes dikesan positif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,310 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 911 kluster dilaporkan tamat, setakat hari ini.

“Terdapat 15 kluster dilaporkan tamat hari ini termasuk Kluster Jalan Jitu dan Kluster Penjara Kepayan menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 399 kluster.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes, hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Subang Dua (185 kes), Kluster Jalan Indah Gemilang Satu (73 kes) dan Kluster Tanjung Suria (63 kes),” katanya. – myMetro Online

Kategori