Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gempa Sederhana Di Laut...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di...

Jangan Pandang Ringan Peruntukan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini...

Bantu Kongsi Gelap: Beberapa...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkemungkinan akan menahan beberapa lagi individu...

Zamani Akui Tak Dipaksa...

TAMPIL bertemu media buat kali pertama selepas dibebaskan pada pagi Sabtu, Zamani mengakui bahawa...

3 Jemaah Masjid Di Kasala Maut Ditikam

KHARTOUM – Tiga jemaah sebuah masjid di Kasala maut manakala beberapa lagi cedera diserang seorang lelaki berpisau, semalam.

Ketua Polis Kasala, Yahi Sulayman berkata kejadian itu berlaku apabila jemaah sedang menunaikan solat Isyak di masjid berkenaan yang bersempadan dengan negara Eritrea.

“Tiga maut dalam serangan itu dan beberapa lagi cedera ditikam dengan pisau,” katanya.

Menurut keterangan saksi, penyerang itu mula bertindak ganas apabila cubaannya untuk berucap di hadapan jemaah tidak dipedulikan.

“Insiden terbabit mendorong jemaah lain untuk melawan dan membunuh penyerang itu,” kata Sulayman sambil memberitahu, identiti penyerang masih tidak diketahui.


Sudan menutup sempadan di bahagian timur yang berjiran dengan Eritrea, beberapa hari selepas pengisytiharan darurat dibuat di Kasala.

Menurut jurucakap kerajaan, langkah itu adalah sebahagian daripada kempen kerajaan untuk mengumpul semua senjata api yang diperoleh secara haram di negeri berkenaan. – AFP/BH ONLINE

Kategori