Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bapa Allahyarham Zulfarhan Sujud...

KUALA LUMPUR - Sujud syukur dan tangisan hiba seorang ayah yang memperjuangkan keadilan...

Kapten Tidak Selesa, Remaja...

SEORANG wanita mendakwa syarikat penerbangan United telah menghalau mereka sekeluarga keluar dari pesawat...

Himpunan #KitaLawan, Dari Sogo...

Walaupun dilanda gerimis, para penyokong perhimpunan 'Bebaskan Anwar' sanggup berarak dalam hujan menuju...

Fouziah Gous Nafi Dengki...

SEBELUM ini bertebaran khabar angin mengatakan seorang aktres menghasut pereka fesyen yang mereka...

3 Februari Kes Lucut Harta OBYU Holdings RM680 Juta

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 Februari tahun depan bagi pengurusan kes permohonan kerajaan untuk melucut hak terhadap harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn. Bhd. berjumlah RM680 juta yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd Saad hari ini.

“Pada tarikh yang lepas Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah telah menarik diri daripada mendengar kes itu dan kami difahamkan kes ini akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi yang lain iaitu di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin,” katanya.

Beliau berkata pada tarikh itu juga pihaknya akan mendapat arahan selanjutnya berhubung permohonan berkenaan.

“Terutamanya, isu pembalasan afidavit-afidavit kerana pihak ketiga dalam kes ini ialah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan firma barang kemas, Global Royalty Trading SAL yang membuat permohonan untuk melihat barang kes,” katanya.

Pada 1 November lepas, Hakim Sequerah menarik diri daripada mendengar permohonan itu kerana beliau sedang mendengar perbicaraan kes Najib berhubung dana 1MDB.

Obyu Holdings dimiliki Tan Sri Bustari Yusof, adik bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu, kerajaan antaranya menyita sebanyak 11,991 unit barang kemas, jam tangan 401 utas dan 16 unit aksesori jam tangan, cermin mata 234 unit dan 306 beg tangan serta wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi.

Sebahagian besar barangan mewah yang dirampas polis dilaporkan dari pangsapuri yang dimiliki oleh Obyu Holdings. Selain itu, sebuah hartanah di sebuah Daerah Kuala Lumpur turut disita pada 1 November 2018.

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan selaku pemohon terhadap Obyu yang dinamakan sebagai responden mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata SPRM memfailkan permohonan tersebut terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB yang SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun Najib.

Kategori