3 Doors Down Setuju Buat Persembahan Untuk Trump

WALAUPUN kebanyakan artis menolak untuk mengadakan persembahan sempena majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat pada Jumaat ini namun berlainan pula dengan band rock 3 Doors Down dan penyanyi country, Toby Keith.

Mereka menerima pelawaan untuk mengadakan persembahan tersebut biarpun sebelum ini ramai artis terkenal lain seperti Justin Bieber, Justin Timberlake, Bruce Springsteen, Elton John dan Celine Dion menolak jemputan itu.

Mereka menolak jemputan itu kerana tidak menyokong Trump selain desakan peminat yang meminta mereka agar tidak berada dalam majlis pelantikan presiden ke-45 itu.

3 Doors Down Setuju Buat Persembahan Untuk Trump
Toby Keith
3 Doors Down Setuju Buat Persembahan Untuk Trump
3 Doors Down

Namun, hal itu berlainan buat Toby Keith bila mana dia berkata, “Saya tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa sekiranya saya membuat persembahan untuk negara ataupun untuk pihak tentera.”

“Sebelum ini, saya sudah melakukan banyak persembahan untuk presiden terdahulu seperti Bush dan Obama,” katanya ketika ditanya mengenai penerimaannya untuk mengadakan persembahan.

Konsert bertemakan Make America Great Again itu akan berlangsung di Lincoln Memorial, Washington DC, Khamis ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...