3 Bom Ditemui Dalam Kondo Mewah, Damansara Perdana

PETALING JAYA – Tiga bahan letupan di dalam kotak ditemui di sebuah bilik di tingkat 17 Kondominium Metropolitan Square, Damansara Perdana di sini, pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan ancaman bom kira-kira jam 8.30 pagi sebelum satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

bom2

bom3

Menurutnya, pihaknya kini mengarahkan penduduk untuk mengosongkan bangunan berkenaan.

“Pasukan unit pemusnah bom juga turut berada di lokasi bagi memantau keadaan.

“Siasatan berhubung kejadian diserahkan kepada polis,” katanya. – myMetro Online

Loading...