Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mata Akim Ahmad Bengkak...

DUGAAN bulan Ramadan buat penyanyi terkenal, Akim Ahmad yang baru-baru ini dilaporkan bengkak...

Pedersen Lennon the real...

Starting in your composition before beginning composing an article, you have to decide...

Premis Baharu Tahfiz Akan...

KUALA LUMPUR - Premis baharu pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini yang sebelum ini...

Ramai Minta BSH Dinaikkan

KUALA LUMPUR - Pembukaan kaunter untuk permohonan dan mengemaskini maklumat peribadi bagi pembayaran...

3 Beranak Parah Terhumban Dari Atas Jambatan

BACHOK – Tiga beranak cedera parah selepas terhumban ke dalam gaung daripada atas jambatan apabila skuter yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Teratak Pulai, dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1.56 petang itu menyebabkan Raja Mohd. Zaki Raja Ibrahim, 44, patah kedua-kedua belah paha dan tangan kiri.

Anaknya, Raja Nur Iwani, 11, dan Raja Mohamad Rais, 8, patah paha kiri. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pertembungan di antara skuter jenis Yamaha Ego dan kereta tersebut dari arah bertentangan menyebabkan tiga beranak itu terpelanting ke bawah jambatan.

Menurutnya, pemandu kereta Proton Wira, Mohd. Khairulnizam Abd. Rahman, 31, tidak mengalami kecederaan. 


“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut. 

“Siasatan dijalankan di bawah seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Zawawi Salleh berkata, seramai lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membawa mangsa keluar dari gaung tersebut.

Kategori