Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pangkalan Maritim Wilayah Timur...

KUANTAN - Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Timur bakal dibangunkan...

Malaysia Dapat Gred ‘D’...

Malaysia memperoleh gred "D" bagi indeks integriti pertahanan kerajaan (GDI) Transparency International (TI)...

Bakal Pengantin Melecur Disimbah...

MARAH kerana rakannya memburukkannya di media sosial, seorang wanita, Kim telah menyimbah rakannya...

Kabinet Bincang Pendekatan Teruskan...

MILAN - Kabinet akan berbincang bentuk pendekatan yang sesuai untuk perunding negara meneruskan...

3 Bekas MB Bergabung Rampas Kembali Selangor

KUALA LUMPUR – Tiga bekas menteri besar Selangor akan bergabung bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menawan kembali negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata penyertaan semula Tan Sri Muhamad Muhamad Taib dalam UMNO juga memberi aura baharu buat BN di negeri itu.

“Kita dah bincang…bukan sahaja dengan Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, tetapi InsyaAllah kita ada Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr. Mohd Khir Toyo yang mana ketiga-tiga bekas menteri besar ini akan berganding bahu bersama saya untuk pastikan kemenangan BN di negeri ini.

“Mereka ini (menteri besar) tak pandang jawatan, apa yang penting mereka nak lihat apa yang dilaksanakan dahulu ada kesinambungannya…bukan seperti sekarang. Apa yang kerajaan negeri Selangor dah buat?” katanya.

Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tiga kawasan perumahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dan Kajang, dekat sini, hari ini.

Noh juga mengulangi kenyataannya mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memeriksa semua pusat tahfiz, pondok dan madrasah di seluruh negara susulan kebakaran pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat di ibu negara yang mengorbankan 23 nyawa, Khamis lepas.

“Saya arahkan Bomba untuk memeriksa semua pusat tahfiz dan nasihatkan pihak pengurusan apa yang perlu diperbaiki…kalau pendawaian tak betul, struktur bangunan tak mengikut aspek keselamatan, bagi mereka (pengurusan) tempoh untuk baik pulih dua tiga bulan mengikut budi bicara.


“Bila dah sampai tempohnya, tindakan drastik akan diambil sama ada untuk tutup pusat berkenaan atau membawa kes tersebut ke mahkamah. Dalam masa terdekat ini saya sendiri juga akan turun padang membuat pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata hal keselamatan bukan hanya perlu diutamakan di sekolah tahfiz sahaja tetapi juga di kawasan perumahan termasuk rumah pangsa.

Pada lawatan tersebut, Noh meluluskan peruntukkan sebanyak RM4 juta bagi membaik pulih prasarana di tiga perumahan iaitu Perumahan Taman Segar Perdana dan Taman Perkasa Fasa 1 di DUN Dusun Tua serta Rumah Pangsa Taman Kota Cheras di DUN Kajang. – BERNAMA

Kategori