Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Mangsa Bunuh...

BOTA - Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dengan kesan luka di kepala...

Bersedia Awal Hadapi Musim...

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengarahkan setiap jabatan dan agensinya...

Raja Muda Perlis: Peka...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati mahasiswa supaya...

2 Janin Kembar Ditemui...

SANDAKAN - Dua janin yang disyaki kembar ditemui di kawasan laut Kampung Air...

3 ADUN Perak Umum Keluar Parti, Umum Jadi Bebas

IPOH – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Pakatan Harapan (PH) mengumumkan keluar parti dan menjadi bebas susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak hari ini.

ADUN Tronoh dan Buntong daripada DAP iaitu Paul Yong Choo Kiong dan A Sivasubramaniam serta ADUN Titi Serong daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim turut menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Choo Kiong berkata, keputusan itu diambil bagi menjaga hak rakyat sebagai wakil rakyat.

“Kita sudah fikir beberapa hari lalu kita buat satu ketetapan di mana kami bertiga mengambil keputusan keluar parti dan menjadi bebas supaya hak rakyat di kawasan kita dan seluruh perak dipelihara.

“Terbentuknya Perikatan Nasional tidak sempurna tanpa kehadiran wakil rakyat dari kaum Cina dan India,” katanya. – Sinar Harian

Kategori