Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penunggang Maut Selepas Motosikal...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terbabas...

Pengguna Stesen Minyak Diminta...

LARUT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini meminta pengguna...

Undi Pembangkang Bererti Menolak...

LUNDU - Penduduk Tanjung Datu dan Lundu akan rugi besar sekiranya mereka tidak...

BPN 2.0 Fasa Pertama...

KUALA LUMPUR - Proses pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa pertama...

27 September Keputusan Prosiding Inkues Adib

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner di sini sebentar menetapkan 27 September ini sebagai tarikh keputusan prosiding inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas meneliti semua keterangan yang diambil daripada saksi-saksi sebelum ini.

Sepanjang inkues, seramai 30 saksi dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kejadian malang yang menimpa Muhammad Adib.

Pada 24 Julai lalu, Rofiah menetapkan tiada lagi saksi dipanggil dan inkues ditutup setelah mahkamah berpuas hati dengan semua keterangan yang diberikan saksi sebelum ini.

Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib bermula 11 Februari dan dijalankan selama 41 hari.


Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Disember tahun lalu.

Kategori