Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Peniaga Pasar Tani...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan tiada peniaga...

Rakyat Dirayu Amalkan ‘Self...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sekali...

PM: Debat Terbuka Tidak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan debat secara terbuka dan...

“Kami Rela Mati Dirempuh...

GUA MUSANG - “Kami beramai-ramai rela mati dirempuh lori balak demi mempertahankan hak...

27 Kes Berkaitan 1MDB Masih Tertangguh

PUTRAJAYA – Terdapat 27 kes berkaitan 1MDB masih tertangguh di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur dan Shah Alam, kata Peguam Negara, Tommy Thomas.

“Kes-kes kolar putih ini membabitkan isu undang-undang yang serius, kompleks dan sukar serta begitu banyak dokumen,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Tahun Undang-Undang 2020, hari ini.

Thomas berkata sejak Julai 2018, pertuduhan jenayah dilakukan terhadap banyak individu berprofil tinggi dalam apa yang dikenali sebagai “kes kleptokrasi”.

“Kebanyakannya berkaitan dengan skandal 1MDB, tetapi terdapat juga kes lain,” katanya.

Untuk memastikan pendakwaan kes berkenaan dikendalikan secara profesional dan kompeten, Thomas berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) membentuk banyak pasukan diketuai timbalan pendakwa raya (TPR) yang paling kanan dan berpengalaman untuk mengendalikan setiap daripada kes berkenaan.

Ini, katanya memberikan tekanan serius terhadap sumber dan tenaga kerja AGC.

Thomas berkata TPR yang ditugaskan untuk menjalankan pendakwaan dalam 27 kes itu bukan sahaja mengendalikan kes berprofil tinggi berkenaan tetapi juga terus mengendalikan kes jenayan lain di unit masing-masing.


“Jarang dalam sejarah negara yang TPR perlu melakukan begitu banyak kerja seperti sekarang.

“Oleh itu, kami memohon budi bicara mahkamah-mahkamah untuk memahami kesulitan kami dan memberikan sedikit ruang dan kelonggaran dalam mengendalikan 27 perbicaraan ini. Perkara ini membabitkan kes yang melibatkan tertuduh yang sama atau peguam bela yang sama, biasanya apabila tarikh perbicaraan kes berkenaan saling bertindih satu sama lain,” katanya.

Thomas berkata pendekatan saling bertolak ansur perlu dilaksanakan supaya tidak berlaku prejudis atau ketidakadilan bagi mana-mana pihak.

Mahkamah perlu memastikan pihak pendakwaan tidak secara sewenang-wenangnya memohon penangguhan, katanya.

Kategori