Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kedah Negeri Tertinggi Catat...

ALOR SETAR - Kedah merupakan negeri tertinggi di negara ini yang mencatatkan kes...

Stadium Shah Alam: KBS...

SHAH ALAM - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia memberi peruntukan bagi menaik...

Warga Emas Dituduh Seleweng...

KUCHING : Seorang pesara swasta mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan wang pampasan...

Papan Kekunci Dengan Pengimbas...

SEBELUM ini, pihak Microsoft telah membuat satu pengumuman berkenan mereka akan mula menjual...

Serah Dokumen, DNA, Bedah Siasat Adam Rayqal

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bayi lima bulan yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, bagi pendakwaan menyerahkan dan menyediakan semua dokumen termasuk laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) serta bedah siasat mangsa kepada pihak pembelaan.

Hakim Rasyihah Ghazali menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie memaklumkan bahawa laporan DNA serta bedah siasat mangsa telah diperoleh dan pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menyediakan semua dokumen berkaitan kes itu.

Prosiding hari ini turut dihadiri peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff mewakili tertuduh Noor Aqilah Abd Rahman.

Pada 13 Julai lepas, Noor Aqilah, 33, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi itu sehingga menyebabkan kecederaan pada kepala dan melupuskan mayat mangsa dengan menyembunyikan kematiannya.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap bayi itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan pada kepala, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Wanita itu juga dituduh telah melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian supaya dia terlepas daripada hukuman, mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.


Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai tukang masak di rumah sewanya, di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves di Kuala Lumpur antara 6.20 dan 6.50 petang, 3 Julai 2018.

Pada 3 Julai lepas, Adam Rayqal dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves di sini sebelum mayatnya ditemukan anggota polis di dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah sama, lewat malam hari kejadian. – BERNAMA

Kategori