Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rekod Daftar Pemilih Dikatakan...

SHAH ALAM - Pengguna media sosial hari ini meluahkan kerisauan susulan rekod daftar...

Gadis Maut Akibat Mencium...

Seorang gadis yang mengalami alahan kepada kacang meninggal dunia selepas mencium teman lelakinya...

‘Kami Ada Calon Tempatan...

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO boleh dipertimbangkan menjadi calon Pilihan...

Kumpulan Samun ‘Nuar Ayam’...

RANTAU PANJANG - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun 'Nuar Ayam' yang bergiat aktif...

24 Pelajar Maktab Mahmud Sik Positif COVID-19

SIK: Seramai 24 pelajar lelaki Maktab Mahmud Sik di sini, disahkan positif COVID-19 hari ini, selepas menunjukkan gejala sejak 28 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata mereka adalah kes positif dalam kluster institusi pendidikan dikenali sebagai Kluster Dah Pelangi.

“Selepas sejumlah pelajar menunjukkan gejala pada 28 November, pengurusan sekolah berasrama itu telah melaksanakan saringan bersasar kepada pelajar-pelajar dan kes mula didaftarkan sebagai positif pada hari ini.

“Seramai 38 individu telah disaring setakat jam 12 tengah hari tadi yang mana, 24 daripada mereka didapati positif manakala 14 yang lain negatif COVID-19,” katanya di sini, hari ini.


Selain itu, katanya Maktab Mahmud Sik turut diberikan notis penutupan sekolah bermula hari ini sehingga kerja-kerja basmi kuman dan pencegahan penularan selesai dijalankan.

Sebubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menyeru orang ramai terutamanya pengurusan sekolah untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh kerajaan dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori