Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Khalid Samad Cuba Diserang...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 20 orang kelihatan cuba menyerang Anggota Parlimen Shah Alam,...

Tiga Dipercayai Pengedar Dadah...

ALOR SETAR - Tiga lelaki ditahan kerana memiliki syabu dan heroin serta pil...

Video: Singa Cuba Buka...

PENTING untuk menjaga keselamatan semasa dalam perjalanan, termasuk sentiasa mengunci pintu kenderaan anda...

Suami Isteri Berjauhan… Tiba-Tiba...

CINTA jarak jauh merupakan satu pengorbanan yang sangat besar bagi setiap pasangan. Lagi-lagi...

24 Orang Asli Batek Masih Dirawat Di Hospital Kuala Krai

KUALA KRAI – Empat pesakit Orang Asli suku Batek ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Krai sejak Ahad lepas akibat gangguan saluran pernafasan.

Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr. Mohd. Salleh Mat Jusoh berkata, ia membabitkan dua pesakit wanita masing-masing berumur 12 dan 27 tahun yang ditempatkan di ICU manakala dua pesakit kanak-kanak berusia 39 hari dan tiga bulan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

“Keadaan empat pesakit ini dilaporkan stabil dan kami sentiasa memantau perkembangan kesihatan mereka dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Krai di sini, hari ini.

Mohd. Salleh berkata, sehingga hari ini, seramai 24 pesakit Orang Asli suku Batek sedang menerima rawatan sejak dimasukkan ke hospital tersebut sejak beberapa hari lepas dan ditempatkan di wad kluster khas.

“Seramai 13 pesakit lelaki dan 11 pesakit wanita sedang menerima rawatan dan pemantauan dilakukan oleh 23 kakitangan hospital termasuk doktor pakar yang ditugaskan bagi memastikan keadaan semua pesakit ini berada dalam keadaan baik dan sihat,” katanya.

Mohd. Salleh berkata, pihaknya turut mengehadkan lawatan orang ramai ke wad kluster berkenaan bagi mengelakkan jangkitan daripada merebak.


Beliau berkata, setakat ini tiada pesakit yang dibenarkan pulang dan pihaknya akan terus melakukan rawatan sehingga keadaan pesakit benar-benar pulih.

Suku Orang Asli Batek di Kelantan mula mendapat perhatian umum selepas dua orang daripada suku itu meninggal dunia dipercayai akibat radang paru-paru bermula awal bulan lepas.

Kategori