Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

100 Penerbangan Dibatalkan Kerana...

FRANKFURT - Hanya kerana salah faham, Terminal Satu Lapangan Terbang Frankfurt Antarabangsa terpaksa...

ASEAN Mampu Main Peranan...

KUALA LUMPUR - Malaysia amat yakin ASEAN akan terus memainkan peranan penting bagi...

DAP Minta Derma RM10...

KUALA LUMPUR - DAP Pulau Pinang hari ini merayu kepada rakyat Malaysia supaya...

Rafizi Masih Ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli masih kekal...

23 Juta Pemegang MyKad Tidak Kemas Kini Maklumat

PUTRAJAYA – Seramai hampir 23 juta pemegang kad pengenalan (MyKad) didapati tidak mengemaskini maklumat.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat diminta mengemaskini maklumat di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan JPN menyelaraskan maklumat kewarganegaraan selaras dengan pelaksanaan kelayakan pengundi 18 tahun secara automatik.

“Analisa daripada JPN mendapati seramai hampir 23 juta pemegang kad pengenalan (MyKad) tidak mengemaskini maklumat.

“Kemaskini dan penyelarasan maklumat tersebut perlu dilakukan di JPN sebelum perlaksanaan umur kelayakan mengundi dikuatkuasakan pada tahun hadapan.

“Saya ambil kesempatan ini untuk memohon kerjasama kepada mereka agar hadir ke pejabat JPN untuk berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Pendaftaran Negara di Ibu Pejabat JPN di sini, hari ini.


Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh.

Sementara itu, pada sidang akhbar tersebut, Muhyiddin turut mendedahkan seramai 1,429,196 penduduk berumur dari 13 hingga 91 tahun ke atas tidak memiliki MyKad.

“Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh hidup tanpa MyKad. Mereka mesti memastikan milikinya,” katanya.

Kategori