Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tunku Azizah Dilantik Tengku...

PEKAN - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik menjadi Tengku...

Beli Bunga Dapat ‘Kekasih’

KAJANG - Tawar kalungan bunga dengan harga antara RM70 hingga RM100 untuk layanan...

Jerebu Tidak Begitu Serius...

KUALA LUMPUR - Indonesia hari ini memberi jaminan jerebu rentas sempadan tahun ini...

Tilapia Sungai Nil Sudan...

KHARTOUM - Mungkin tidak banyak rakyat Malaysia yang tahu bahawa Sungai Nil di...

23 Jun Cuti Berganti Bagi Sekolah Sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menetapkan 23 Jun iaitu hari jumaat sebagai hari cuti berganti untuk negeri-negeri selain Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu sempena sambutan Aidilfitri ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesemua sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Sabah dan Sarawak perlu mengganti hari persekolahan itu pada 17 Jun ini.

“Kementerian Pendidikan telah bersetuju memberikan cuti berganti untuk negeri kategori B pada 23 Jun dan diganti pada 17 Jun Ini,” katanya pada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama 1,000 warga Kementerian Pendidikan di sini semalam.

Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta kementerian mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru dan pelajar.

Mengikut jadual asal yang dikeluarkan pihak kementerian, sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan mula bercuti pada 23 Jun ini (Jumaat) manakala negeri lain bermula pada 24 Jun.


Media melaporkan Presiden KGMMB, Datuk Mohd. Sabri Mohd Arshad berkata kesesakan jalan raya dijangka berlaku teruk pada Sabtu kerana orang ramai mula cuti dan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri yang dijangka disambut pada 25 Jun. – BERNAMA

Kategori