Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Seludup Senjata: PDRM...

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Pakistan...

Perdana Menteri Pertahan Rekod...

PUTRAJAYA - Berikut ialah intipati kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Sah Wan Azizah ‘Lari’...

RASMI... Akhirnya kepimpinan PKR mengeluarkan senarai calon rasmi parti itu bagi Pilihan Raya...

Ratu Cantik Thai Dinobat...

KUALA LUMPUR - Ratu cantik Thailand, Yada Theppanom, dinobatkan sebagai Ratu Duta Pelancongan...

223,923 Sudah Disuntik Vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 223,923 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Sarawak merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 28,194, diikuti Selangor (24,211), Kuala Lumpur (20,510) dan Sabah (18,670).

“Di Johor pula seramai 17,476 individu, Perak (17,450), Pahang (17,434), Kelantan (14,982), Kedah (14,200), Terengganu (13,070) dan Negeri Sembilan (10,741).

“Di Pulau Pinang pula seramai 9,811 individu, Melaka (6,258), Perlis (5,241), Putrajaya (3,337) dan Labuan (2,338),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Pada 24 Februari lalu, program imunisasi itu dilancarkan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, jenis Pfizer-BioNTech. – BERNAMA

Kategori