Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pertengkaran Pemain, Penyokong Di...

KOTA KINABALU -  “Kalau abang rasa boleh main, ambil kasut saya masuk main.”Ayat...

Angka Kematian Ebola Meningkat...

GENEVA - Angka kematian disebabkan wabak Ebola di barat Afrika kini meningkat kepada...

WHO Sahkan Pusat Penjagaan...

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan berlaku beberapa serangan ke atas pusat penjagaan...

Peralihan Penuh Siaran TV...

CYBERJAYA - Negara akan beralih kepada siaran TV Digital myFreeview secara sepenuhnya pada...

22 Maut Letupan Hotel Di Somalia

MOGADISHU – Sekurang-kurangnya 22 terbunuh apabila pengebom nekad meletupkan dua kereta di sebuah hotel terletak ibu negara Somalia hari ini, kata polis.

Kumpulan militan, al Shabaab yang bersekutu dengan al-Qaeda mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan terbabit di Hotel Sahafi yang terletak berhampiran ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (CID), dekat sini.

Polis menambah, pengawal hotel dan pegawai CID bertindak melepaskan tembakan selepas letupan berlaku.

Saksi berkata kira-kira 20 minit kemudian, letupan ketiga berlaku dari bom yang diletakkan dalam sebuah motosikal roda tiga atau ‘tuk-tuk’ yang diletakkan berhampiran hotel terbabit.

“Empat militan berjaya ditembak mati pengawal hotel dan polis selepas cuba untuk masuk ke dalam hotel.


“Dua militan lain meletupkan diri dengan bom kereta. Bom ketiga diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh. Jadi, jumlah yang maut ialah 28 orang termasuk enam militan, kata Kapten Polis, Mohamed Ahmed yang memberitahu Reuters. -Reuters/BH ONLINE

Kategori