Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

1,395 Penerima Bantuan Persekolahan...

KUALA TERENGGANU - Sejumlah 1,395 penerima bantuan dana persekolahan bagi kawasan Dewan Undangan...

Clare & Penulis Buku...

CLARE Rewcastle Brown tuduh Tom Wright dan Bradley Hope (journalist WSJ) menggunakan sumber...

“Saya Akan Bunuh Awak”...

DUA penumpang pesawat All Nippon Airways (ANA) dirakam bertumbuk dalam satu pergaduhan sebelum...

Kosmo! Terus Naik, Metro...

KUALA LUMPUR - Edaran purata bersih harian akhbar-akhbar di seluruh Malaysia dari Julai...

21,176 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di seluruh negara hari ini sedikit meningkat iaitu 21,176 kes berbanding 19,307 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini sebanyak 1,940,950 kes.

Sarawak masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,734 diikuti Selangor 3,595, Johor (2,297), Sabah (2,246), Pulau Pinang (1,939), Kedah (1,808), Perak (1,366), Kelantan (1,254) dan Pahang (853).

“Terengganu pula mencatatkan 776 kes, Melaka (485), Kuala Lumpur (467), Negeri Sembilan (252), Perlis (77), Putrajaya (21) dan Labuan (6),” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital Covid-19 di seluruh negara setakat semalam ialah 82 peratus atau 1,590 manakala katil bukan ICU ialah 77 peratus (17,493). – BERNAMA

Kategori