Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kena Terima Kumpulan Bawa...

KOTA BHARU – Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk...

Musa Aman Mahu Adun...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta Anggota Dewan Undangan...

Malaysia Airlines Tawar Diskaun...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines menawarkan diskaun hebat sehingga 25 peratus tambang ke...

Pulang Bible, Bukan ‘Lesen’...

PERKASA Selangor, menyambut baik keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memulangkan semula kesemua...

21 Produk Makanan Mengandungi Racun Berjadual

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesan 21 produk makanan daripada 16 jenama yang disyaki mengandungi racun berjadual. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk makanan berkenaan disyaki diaduk dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone. 

Menurutnya, antara produk makanan yang dikesan ialah minuman kesihatan Tonik Tuan Haji 1921, California Pure, Orange+, Kopi Panggung Al Ambiak, Kopi Jantan Tradisonal jenama Natural Herbs Coffee dan Kopi Jantan Tradisional 7A. 

“Selain itu, jenama lain ialah kopi pracampuran WM Coffee, Kopi Harimau, Kopi Mutiara, Jus Kesihatan Saidina, Miracle Energy Coffee dan Kopi Strong Man. 

“Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan. 

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa menggunakan kebijaksanaan dan berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap empat daripada 16 pengeluar atau pengedar jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan. 


“Bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan yang lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap,” katanya. 

Menurut Dr Noor Hisham, mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983, individu yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan. 

“Individu berkenaan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua- duanya.

“Sehubungan itu, KKM memberi amaran dan melarang penjualan semua produk makanan itu dan semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk berkenaan diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk ini dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan,” katanya. – myMetro Online

Kategori