Video: Aksi Tidak Profesional Doktor Dikecam Netizen

AKSI tidak profesional seorang doktor di China sewaktu melakukan pemeriksaan ke atas pesakitnya mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada netizen negara tersebut.

Seorang doktor di Henan, China ditangkap menghisap rokok semasa memeriksa pesakitnya. Kejadian itu dirakam oleh salah seorang pesakit yang turut berada di dalam bilik yang sama.

Video yang berdurasi selama 14 saat itu menunjukkan sepuntung rokok masih lagi kelihatan di tangan doktor berkenaan.

smoke_scan2

Aksi ‘multi-tasking‘ doktor itu menjadi viral dalam kalangan penduduk China dan menimbulkan persoalan tentang tahap kualiti perkhidmatan kesihatan di China.

Menurut sebuah portal China, aksi tidak sihat doktor itu, mendapat teguran hebat daripada pihak hospital Maji dan dikenakan denda sebanyak 2,000 yuan serta digantung selama seminggu daripada menjalankan tugas.

docs2e_2x

Dalam kejadian terdahulu, beberapa doktor pakar bedah dikecam netizen kerana bergambar di dalam bilik pembedahan semasa menjalankan operasi.

Gambar mereka menjadi viral menerusi laman sosial tempatan. Kejadian itu berlaku di bandar Xi’an, yang terletak di barat laut China. – MYNEWSHUB.CC

Loading...