Video: Abang Harap Kau Tenang Dekat Sana…

KERINDUAN seorang abang mengenangkan kematian adiknya dengan cara unik, menyentuh perasaan ramai netizen.

Pengguna Facebook, Syahmie Haziq berkongsikan luahan kerinduannya dengan mendendangkan sebuah lagu bertajuk ‘Lagu Buatmu’ berikutan tidak mampu menahan kesedihan tatkala mengenangkan kenangan dirinya yang membesar bersama-sama dengan arwah.

Adiknya itu, Syahmie Affiq, 15, telah kembali ke rahmatullah pada 3 Mei 2015 akibat kemalangan motosikal di kilometer 4.2, Lebuhraya Besraya, Seri Kembangan, Selangor.

“Abang mintak maaf sangat dekat kau adik.. Abang harap kau tenang dekat sana.. (Ummi, Ayah, Abang, Nina, Baby) selalu doakan kau..,” tulisnya di pautan video.

adik
Gambar sekeluarga Syahmie Haziq bersama arwah adiknya, Syahmie Afiq pada 2014.
Sesungguhnya, dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adik Syahmie Affiq…Al-Fatihah. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Hzqahmd

Leave a Reply