Video: Wanita Bertengkar Rebut Kotak Parkir Kereta

INILAH akibatnya jika tiada sifat bertolak-ansur dalam diri sesama masyarakat.

Hanya kerana perkara remeh, kedua-dua wanita itu bergaduh berebutkan kotak parkir kereta di sebuah bangunan. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Subang, Selangor.

pkr3

Pergaduhan yang tercetus itu melibatkan pertengkaran antara wanita berbangsa Melayu dan Cina melalui suara-suara yang kedengaran melalui video tersebut.

Khabarnya, wanita yang menaiki kereta berwarna kuning tersebut tidak berpuas hati dengan pemandu Toyota putih itu kerana ‘mencuri’ parkirnya walaupun isyarat untuk memasuki kotak parkir berkenaan telah diberikan.

Pada masa yang sama, pemandu Toyota putih itu juga enggan mengalah sehingga mencetuskan pergaduhan sesama mereka.

Kelihatan seorang wanita bertudung hitam memarahi pemilik Toyota putih itu kerana cuba menyentuh keretanya. Beberapa orang lelaki cuba menenangkan keadaan agar tidak terjadi perlakuan yang tidak diingini.

pkr2

Rata-rata netizen yang melihat video itu turut meluahkan perasaan pernah mengalami kejadian sama. Ada segelintir daripada netizen memberikan ‘nasihat’ tidak elok jika menghadapi situasi sedemikian.

Apa pun tindakan kita, fikir-fikirlah dahulu sebelum bertindak. Tidak salah untuk mengamalkan tolak ansur dan nilai-nilai murni supaya keamanan terus terjaga. – MYNEWSHUB.CC

Loading...