Lebih 20,000 Hadir Ceramah Dr. Zakir Naik Di Bukit Jalil

BIARPUN hujan lebat membasahi bumi Kuala Lumpur, ribuan penonton tetap memenuhi ruang tempat duduk di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam bagi mengikut program pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik.

Dianggarkan seramai 20,000 penonton sudah mula memenuhi seawal jam 4 petang lagi sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas agak teruk di luar stadium.

Program ceramah bertajuk ‘Is the Qur’an God’s word?’‎ itu bermula pada jam 5.45 petang setelah hadirin selesai melakukan solat Asar berjemaah di atas padang.

hujan

solat

zakir9

zakirdp

Selain masyarakat berbilang bangsa dan agama, turut hadir mendengar ceramah Dr. Zakir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ustaz Fathul Bari dan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

zakir1

Program diakhiri dengan sesi soal jawab yang berlanjutan sehingga pukul 2.45 pagi yang mana menyaksikan empat individu telah terbuka hatinya untuk memeluk Islam.

Mereka adalah Harinder Pal Singh dari India, seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Joel, dan dua wanita tempatan iaitu Euroshia dan Michelle, mengucap kalimah syahadah pada sesi soal jawab yang bermula lewat 11.35 malam itu.

islam

zakir6

Sebelum ini, seorang gadis Kristian berusia 19 tahun, Wu Nina Grace yang mengikuti syarahan Dr. Zakir di Terengganu, dengan rela hati bersetuju mengucap dua kalimah syahadah selepas berpuashati mendengar penjelasan pendakwah tersebut, mengenai konsep ketuhanan dan kenabian Muhammad.

Program yang diadakan di Stadium Nasional itu berjaya menarik ribuan pengunjung dalam dan luar negara dan ia merupakan ceramah kelima Dr. Zakir sejak tiba di Terengganu 9 April lepas. – MYNEWSHUB.CC