207 Kematian Covid-19, 1,009 Kes ICU

PUTRAJAYA – Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 sebanyak 14,516 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 9,372 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 207 kematian dicatatkan dengan 1,009 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 524 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 165,840 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,508 kes diikuti Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425), Kedah (1,160), Sabah (720), Perak (590), Negeri Sembilan (452), Pulau Pinang (402), Pahang (386), Melaka (373), Sarawak (356), Kelantan (346), Terengganu (245).

“Hanya Putrajaya merekodkan kes dua digit iaitu 94 kes manakala Labuan, lapan kes dan Perlis, dua kes,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE