Pemuda UMNO Gesa Polis Benarkan Ceramah Dr. Zakir Naik

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) menggesa pihak polis untuk kembali membenarkan ceramah Dr. Zakir Naik yang telah dirancang di Malaysia oleh beberapa penganjur, termasuk Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

PPUM, memandang serius terhadap halangan yang dibuat kerana ia telah mencemar prinsip kebebasan beragama.

Mereka mengangap semua rakyat berhak mempraktik disiplin dan dakwah agama masing-masing selagi mana ia tidak melangar undang-undang.

Pertubuhan itu juga percaya ia menjadi tanggungjawab penuh pihak polis untuk menyediakan kawalan keselamatan dan ketenteraan awam tetapi bukan dengan mengambil pendekatan mudah dengan membatalkan cemarah tersebut.

Justeru, PPUM mengajak rakyat untuk lebih bersikap matang dan tidak mudah dipangaruhi oleh pergerakan-pergerakan NGO yang bersifat extremis yang telah menanam sifat benci dan ketakutan sehingga rakyat tidak boleh menilai kebaikan sesuatu perkara. – MYNEWSHUB.CC