Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Raja Salman Dikurniakan Darjah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan...

Menjelang Setahun, Rakyat Boleh...

"SAYA puas hati dengan keputusan PRU14. Seronok tengok Najib dan UMNO tersungkur. Walaupun...

Miranda Julang Brazil Di...

JEDDAH - Pemain pertahanan, Miranda menjaringkan gol pada masa kecederaan bagi memastikan Brazil...

PAS Jumpa Pemimpin Tiga...

KUALA TERENGGANU : Pas akan mengadakan pertemuan secara tidak rasmi dengan tiga pemimpin...

20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya Ini!

JOHOR BAHRU – Pelbagai cara dilakukan bagi memeriahkan suasana Aidilfitri dan seorang wanita ada idea tersendiri erat hubungan sesama pengguna Facebook demi meraikan bulan Syawal.

Ia menerusi satu pertandingan unik dianjurkan Noriana Ahamad Sapari, untuk meneka jumlah bekas kuih raya yang dipaparkan di dalam sekeping gambar dimuat naik menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.

Syarat opertandingannya cukup mudah iaitu hanya memberi jawapan di ruangan komen selain memberi tanda suka (like) dan berkongsi gambar tersebut, menurut laporan portal tempatan mStar Online.

Apa yang lebih menariknya, pemenang bertuah setelah dipilih berdasarkan jawapan tepat dan mematuhi syarat itu juga akan menerima hadiah misteri dari luar negara serta sejumlah ‘duit raya’!

Wanita berusia 36 tahun itu berkata, pertandingan yang berlangsung pada 28 Jun lalu sehingga sebelum tengah malam hari yang sama dibuat sekadar untuk memeriahkan suasana Aidilfitri kali ini.

“Saya buat sekadar suka-suka untuk meriah suasana raya. Maklum sajalah setiap kali raya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, kenapa tidak saya buat sesuatu untuk rapat hubungan sesama umat Islam di laman sosial.

“Ia adalah kali pertama saya menganjurkan pertandingan seumpama ini. Tidak sangka pula sambutannya amat menggalakkan, saya terima hampir 20,000 penyertaan,” katanya kepada mStar Online.

Noriana atau lebih dikenali sebagai Noreen yang pernah bertugas sebagai peguam syariah di sebuah agensi kerajaan memberitahu sehingga kini masih ramai yang meneka bilangan bekas kuih raya walaupun penyertaan ditutup.

Dia yang merupakan seorang peguam dan ahli perniagaan malahan berkata bahawa kira-kira 60 peratus daripada hampir 20,000 penyertaan tersebut sebenarnya dapat menjawab dengan betul iaitu 84 bekas kuih raya.


“Disebabkan terlalu ramai meneka dengan tepat, saya pilih hanya dua pemenang berdasarkan inisiatif ‘ekstra’ mereka hantar mesej unik kepada saya. Sebenarnya, ramai hantar mesej tetapi jawapan mereka salah,” katanya.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini juga kemudian mengumumkan dua pengguna Facebook tersebut dengan nama akaun Hazita Zita Hazita Zita dan Herryz Hairiz Erry sebagai pemenang bertuah pada minggu lalu.

Selain meneka bilangan bekas, terdapat juga yang turut meneka jenis kuih raya di dalam bekas seperti yang tertera di dalam gambar. Mengenai hadiah pula, Noreen berkata, ia dibeli sewaktu dia pergi bercuti ke Vietnam dan Itali.

Ini termasuk semasa mengerjakan umrah di Makkah baru-baru ini. Lebih unik, Noreen turut merancang untuk menganjurkan lagi pertandingan seumpamanya di Facebook pada masa akan datang ekoran sambutan hangat.

“Selain hadiah dari ‘oversea’, pemenang berkenaan juga akan menerima ‘duit raya’ seikhlas hati saya. InsyaAllah, ia menggembirakan,” katanya lagi yang memiliki kira-kira 5,000 rakan Facebook. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori