Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

OPEC Bersetuju Kurangkan Pengeluaran...

PERTUBUHAN Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akhirnya bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah, langkah pertama...

Agong, Presiden Turki Zahir...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Dakwaan Buat Kecoh Di...

KUALA LUMPUR : Susulan insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang...

Video: Bila KFC Tersilap...

PELANGGAN sebuah premis KFC di luar negara terpinga-pinga apabila kaca TV di restoran...

2,000 Umat Islam Banjiri Himpunan Kebangkitan Ummah

KUALA LUMPUR – Lebih 2,000 umat Islam dari seluruh negara membanjiri Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu di sini, pagi ini bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Ummah.

Kehadiran individu berkenaan mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Antara tuntutan mereka ialah membantah pertikaian kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Perhimpunan yang bertema ‘Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam’ dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan laungan ‘Allahu Akbar’.

Tokoh negarawan yang dijadualkan untuk berucap pada acara itu termasuk bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan. – BH Online

Kategori