Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ezlynn, Adam Sah Bercerai...

SELEPAS tiga tahun rumah tangga mereka seakan retak, hari ini, penyanyi Ezlynn atau...

18 ‘Buah Tangan’ BN...

LANGKAWI - Penduduk dan penggiat industri pelancongan di sini menyambut baik 18 ‘buah...

Perhimpunan Bantah GST Gagal...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) di ibu negara...

Pengasuh Didakwa Tampar Muka...

Seremban: Pengasuh pusat asuhan kanak-kanak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

2,000 Imigran Seberangi Sempadan Mexico

BANDAR Raya Mexico – Beribu-ribu orang yang bergerak dari negara-negara rantau Amerika Tengah untuk cuba memasuki Amerika Syarikat (AS) menyambung semula perjalanan mereka dari selatan Mexico menuju ke sempadan AS.

Awal kelmarin, kumpulan besar imigran itu mula berjalan kaki ke arah utara dari bandar Ciudad Hidalgo di sempadan Mexico.

Pihak berkuasa Mexico cuba untuk menghalang mereka di sebuah jambatan di sempadan yang menghubungkan negara itu dengan Guatemala.

Bagaimanapun, sebahagian mereka berjaya menyeberang ke Mexico secara haram dengan menaiki bot-bot merentasi Sungai Suchiate.

Kumpulan besar imigran itu yang juga termasuk wanita dan kanak-kanak serta kebanyakannya berasal dari Honduras menyatakan, mereka melarikan diri daripada keganasan dan kemiskinan di tanah air sendiri.

Disertai oleh kira-kira 2,000 orang, kumpulan imigran itu membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan selepas memasuki Mexico.

“Mari berjalan kaki bersama-sama!” dan “Kita boleh”, kata mereka. Kumpulan imigran itu tidak ditahan pihak berkuasa semasa melintasi sempadan ke Mexico.

Bagaimanapun, sebilangan imigran lain masih terkandas di sempadan Mexico-Guatemala dalam cubaan untuk memasuki negara jiran AS itu secara haram.


Terdahulu, Presiden Donald Trump memberi amaran kepada kumpulan imigran itu supaya berpatah balik. Beliau turut mengugut akan menutup sempadan AS dan memotong bantuan kepada negara-negara yang membenarkan mereka melintas.

Dalam satu kenyataan menerusi Twitter kelmarin, Trump berkata bahawa usaha sedang dilakukan untuk menghentikan ‘kemaraan pendatang asing tersebut’. Beliau juga menyatakan bahawa penghijrahan beramai-ramai itu bermotifkan politik.

Sementara itu, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia mengkritik tindakan Mexico dan AS menangani penghijrahan beramai-ramai tersebut.

Dianggarkan sebanyak 10 peratus populasi Guatemala, El Salvador dan Honduras meninggalkan negara mereka untuk melarikan diri daripada bahaya, paksaan memasuki geng penjenayah dan kemiskinan.

Rantau Amerika Tengah mempunyai kadar pembunuhan antara yang tertinggi di dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan bahawa kadar pembunuhan di Honduras pada tahun 2015 mencatatkan 63.75 kematian setiap 1,000 orang, manakala 108.64 kematian direkodkan di El Salvador. – BERNAMA

Kategori