Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fesyen Selebriti Di Karpet...

FILEM Munafik arahan Syamsul Yusof telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik Nasional pada Festival Filem...

Zahid Arip ‘Dalang’ Langkah...

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendedahkan Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Muhammad Zahid...

Wanita Ditikam 88 Kali...

SEORANG wanita cantik telah ditikam sebanyak 88 kali hingga maut oleh seorang lelaki...

Nicol Gagal Mara Ke...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David gagal menempatkan diri sebagai...

200 NGO Desak Azmin Letak Jawatan Depan Sogo

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Sekretariat Suara Rakyat bersama hampir 200 ahlinya mengadakan Perhimpunan Desak Menteri LGBT Letak Jawatan di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini, petang ini.

Pengerusinya, Datuk Lokman Adam berkata, perhimpunan aman itu bagi mendesak Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan susulan video seks di luar tabii yang didakwa melibatkan dirinya sejak 11 Jun lalu.

“Kita berhimpun petang ini untuk menyatakan bantahan dan rasa kecewa kita. Kita sudah buat laporan polis pada 11 Jun lalu, sekarang sudah masuk Julai tapi tiada sebarang tindakan.

“Dalam video seks di luar tabii ini, kita ada seorang (pelaku) bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz yang sudahpun membuat pengakuan secara live bahawa beliau adalah lelaki di dalam video lucah di luar tabii ini.

“Kenapa sehingga ke hari ini beliau belum didakwa di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah persetubuhan di luar tabii,” katanya ketika berucap di luar pusat beli-belah Sogo, di sini, hari ini.

Perhimpunan aman itu dipercayai mempunyai kesinambungan daripada beberapa perhimpunan sama sebelum ini melibatkan perbuatan semburit di antara dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.


Antaranya perhimpunan mendesak Mohamed Azmin meletak jawatan menteri Kabinet di luar pekarangan bangunan Parlimen pada Khamis lalu dan satu lagi di luar Masjid Putra, Putrajaya, semalam.

Perhimpunan membantah perbuatan songsang dalam kalangan pemimpin negara itu turut memegang pelbagai jenis plakad tertera mesej desakan itu.

Antaranya ‘#TangkapAA1, Siapakah AA1 Dalam Video Semburit, ‘Kami Mahu Lihat Tol Hapus Bukan Lihat Video Semburit, ‘Rakyat Mahu Tonton EPL Percuma Bukan Lihat Video Semburit Percuma, ‘Kami Rakyat Malaysia Malu Ada Menteri Semburit dan ‘Jangan Biarkan Negara Dipimpin Oleh LGBT’. – MalaysiaGazette

Kategori