Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Ada Komplot Jenayah Mahu...

SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendedahkan...

Malaysia Iktiraf Kerajaan Presiden...

RIYADH - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa Malaysia mengiktiraf...

Henti Jual Lemang Periuk...

KUALA LUMPUR - Duta ikon River of Life (ROL), Maya Karin, hari ini...

SDARA Edar Juadah Makanan...

MEKAH - Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDARA) kelmarin memberikan sumbangan...

20 Tong Biru Disyaki Mengandungi Bahan Kimia Ditemui

PASIR GUDANG – Kira-kira 20 tong biru disyaki mengandungi bahan kimia ditemui selepas dibuang ke kawasan berhampiran Sungai Masai di sini kelmarin.

Tinjauan Kosmo! Online di lokasi itu mendapati, kerja pembersihan dilakukan pelbagai pihak dipercayai Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kimia dan kontraktor pembersihan.

Dianggarkan lebih 20 petugas berpakaian keselamatan peribadi (PPE) bertungkus-lumus membersihkan kawasan bersebelahan Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru itu.

Tiga jengkaut turut digunakan bagi operasi pembersihan sungai berkenaan dengan dua diletak di dalam sungai dan satu lagi di tepi lebuh raya.

Senario di lokasi memperlihatkan beberapa pokok mati, selain bau seakan cuka pekat.

Bagaimanapun, usaha wartawan dan jurugambar menghampiri kawasan itu dihalang petugas bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr. Sahruddin Jamal ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Sahruddin berkata, pihaknya maklum dengan penemuan itu dan agensi berkaitan sudah mengambil tindakan. – K! ONLINE

Kategori